November 27, 2013

Khasiat Buah Terung

Tetibe hari nie rase nak makan gulai terung yang mak buat jer. Salah satu makanan feberet iqa :D Ehhh ? apa ? terung ? eeuu tak suka laaa. Ehh-2. choop-3 sebenarnye terung nie banyak khasiatnye. Terung nie kalau tak silap ade pelbagai jenis kot. Yang iqa tau ade 2 bentuk iaitu bulat dan panjang. Yang lain tak tau. Sebab mak Iqa selalu masak terung bulat dengan panjang jer. hehehe. Mak Iqa cakap terung nie boleh buat kulit kita sihat tau. Ok jom tengok ape lagi khasiat terung k ? huhu


1. Seluruh bahagian tanaman terung boleh dimanfaatkan sebagai ubat; baik bunga, buah, tangkai, daun mahupun akarnya

2. Pendapat yang mengatakan bahawa makan terung badan menjadi lemah adalah tidak benar

3. Terung mengandung gizi yang sangat tinggi dan berguna bagi kesihatan tubuh dan berkhasiat mengubati pelbagai penyakit

4. Terung mengandungi air, protein, lemak, karbohidrat, kalori, serat kasar, abu, kalsium, besi, pospor, karotin, vitamin B1, B2, C dan P, asam nikotinat
5. Buah terung mengandungi 750 mg vitamin P dalam setiap 100 gr

6. Vitamin P berfungsi mengurangkan kerapuhan pembuluh darah dan infiltrasinya

7. Meningkatkan kemampuan tubuh merapatkan antara sesame sel dan memperbaiki kerosakannya sehingga pembuluh darah tetap dalam keadaan normal dan elastik, menjaga biologisnya dan mencegah pecahnya pembuluh darah

8. Akar, daun dan buah serta bunga terung berkhasiat melancarkan peredaran darah, menghentikan pendarahan, menghilangkan rasa sakit, mengatasi batuk darah, reumatik, buang air kecil / besar berdarah, anggota tubuh kesemutan, beri-beri, sakit gigi, pendarahan usus, penebalan dinding saluran darah, serta mencerdaskan minda, dan boleh juga menghilangkan jerawat.

9. Terung dikatakan amat rendah kalori dan lemak tetapi kaya dengan kandungan serat yang mudah larut.

10. Kandungan phytonutrients dalam terung boleh membantu mencegah penyakit jantung, serangan jantung dan stroke.

11. Terung mengandungi sejumlah kecil nikotin. Nikotin dalam terung boleh membantu perokok menahan keinginan untuk merokok terutamanya ketika mereka mahu berhenti merokok. Amalkan memakan terung jika mahu berhenti merokok secara semula jadi.

12. Kandungan vitamin B yang tinggi dalam terung juga memastikan kebolehan untuk berfikir dengan jelas dan mencegah stres.

13. Antioksidan dalam terung, memiliki kebolehan untuk mencegah tumor otak dan kanser daripada terbentuk melalui cara menyerang radikal bebas yang menyebabkan tumor kanser.

Sumber : sini

No comments:

Post a Comment

Leave a comment and I will reply you guys back.